Mommy's Proud

1
COM
Anak bujang bongsu saya sudah masuk 2 tahun 16th May baru-baru ni. Alhamdulillah, adik Zaq ni jenis cheeky orangnya. Setiap kali mata bertentang mata dengan dia, dia akan senyum nakal nampak gigi2 jarang di depan. Kalau abang, dia bagi senyum manis.

Kasihan adik, birthday adik xda celebration beria. Kebetulan poket mami tengah nipis (baru pertengahan bulan). Sebenarnya tak kira awal, tengah atau hujung bulan, expenses memang melebihi income. Saya sedang berusaha tambahkan income supaya jadi stabil lagi setiap bulan (insyaAllah). Tahu tak, cake pertama berdesup dalam otak saya mula2 adalah Baskin Robbin's tapi check purse.. Hmm.. maunye tak lepas nak isi minyak kereta utk p kerja next week!

Waktu tengah hari, saya minta ayah saudara saya bawa ke Taman Tas. Taman Tas sekarang sangat heaven lah. Semuanya ada! Saya nak recommend satu bakery di sini. Awak tahu bangunan yang ada Cosway? 7E? Kedai gunting rambut Bunga Raya? Betul2 belakang bangunan tu ada satu bakery Melayu. Namanya saya tak dapat recall. Tp sederet building tu cuma dia jelah bakery.



Saya beli birthday cake adik ni; 500 gram freash cream vanilla cake hanya dengan harga RM20. Kartun 2 ketui tu RM1/ketul. Abang suka Spiderman, adik pulak memang suka nauu Minion. (Abang lah tu yang susun kedudukan tu)

Cake dia sungguh gebu. Sebelum ni juga (time birthday abang March haritu) saya belikan cake abang di sini - rainbow cake. Masuk bakery ni saya memang terkejut. Sebab murah sangat! Sedap pulak tu.

Lewat petangnya saya ke kawasan area Maybank (di Taman Tas juga). Opposite Maybank ada bakery juga. Yang ni nampak standard la sikit. Cakes design dia lebih up to date lah. Tapi harga bermula RM50++. Saya berdetik; Mujoo lah saya ke bakery lain awal tadi!



Kalau kita buat diam, adik tu tak tahu pun bila birthday dia. Tapi mami dan abang yang rasa excited nak celebrate. Ini kan family kecik kita. Appreciate each other, insyaAllah Dia akan bagi kita gembira juga sebab kita gembirakan ahli keluarga terdekat kita.



Hati-hati adik tiup lilin sampai hampir seminit juga nak padam semua. Dan sebenarnya, adik makan sesuap saje pun. Lepas tu dah tanak. Dia memang geli kalau makan menda yang comotkan jari2 dia (unless chocolate!). Again, mami lah tong sampah habiskan untuk anak2.



InsyaAllah, Allah akan lindung adik sampai mati. Itulahh doa mami tiapkali baca al-Fatihah, jaga keselamatan anak2 mami.

Saya harap saya boleh mulakan awal ajarkan adik membaca buku dan hafal al-Fatihah. Ya Allah, saya harap kalini saya dahulu yang dapat grab pahala pertama yang berpanjangan ni. Bayangkan, nanti sehari dia solat 5 kali at least. Sehari 17 kali at least baca al-Fatihah. Pahala cikgu pertama yang ajarkan al-Fatihah tu mengalir sokmo macam air bertahun2 sampai lah dia mati. Huiii.. sape taknak?

Setiap kali nak bergerak kereta, alhamdulillah semua anak2 saya boleh duduk elok2 menadah tangan baca doa naiki kenderaan. (Adik time tantrum tu memang x peduli dh la tadah tangan ke hape)



Pada hari yang sama juga, abang ada exam saringan di Sekolah Rendah Agama Islam al-Irsyad untuk kemasukan darjah 1. Cikgu yang interview dia cakap pada saya; pandai budak ni. Pandai sangat2!

Beberapa hari lepas katalog Toys R Us sampai di rumah. Qaiser scan habes 'baca' tengok harga mencari mana yang mampu kami beli. Of course la mainan yang best2 belaka mahal. Mula2 dia spot tulisan tulis "FREE". Dia tanya saya, dapat free ke dia(katalog) tulis ni? Saya terangkan; kena beli yang harga mahal dulu, baru dapat menda tu dengan free. Ok dia sabar, scan lagi. Ni "20 Off" ni, 20 ringgit ke mami? Saya terangkan lagi. Itu dia bagi diskaun 20 percent aje. Udahh.. bercinta pulak saya nak terangkan 20% macam mana.

Last sekali, semuanya mahal dia cakap; Abang nak kumpul duit lah nak beli yang ni (sambil tunjukkan spek bodoh dengan bingkai bentuk Love). Harga RM4.95. Ini sahaja yang dia rasakan mampu dicapai dengan kumpul duit dalam masa singkat. Hati saya ni rasa sebak pulak tengok 'anak orang miskin' ni congak sana sini berapa lama anggarannya kena kumpul duit (last sekali pilih mainan paling cikai tahap ayam).

Harini Jumaat semalam (hari kedua selepas tengok katalog), Qaiser masuk kereta masa balik KAFA petang tadi. Ayat pertama dia: Mami, harini abang belanja 50sen je sebab abang nak kumpul duit. Total duit terkumpul sekarang kiranya RM1.50 dah.

Saya nak tengok determination dia, usaha dia nakkan barang yang dia nak. Of course lah barang yang terlampau mahal ratus-ratus tu saya x afford nak belikan. Tapi nanti dah cukup duit terkumpul RM4 nanti saya tambahkan la untuk cukup beli mainan yang dia suka. Ada tu saya tengok educational game yang harga mampu milik dalam katalog tu.

Adik? Tengok lah kot mana ada lorry kecik yang murah2. Dia tiapkali naik kereta nampak lorry akan jerit; orriiii! Orriiii! Then tepuk tangan. Bus pun panggil lorry. Kapal TUDM pun dia panggil lorry.

Semoga Allah pandang usaha saya nak gembirakan hati anak2 ni.
posted from Bloggeroid

Preloved | Secondhand Books for FREE

2
COM
Saya mencari-cari pusat yang collect buku2 di sekitar Kuantan tapi takda. Sayang sangat "library" saya sangat kecil. Itu pun kena berkongsi dengan anak. Esok anak yang sorang lagi dah start membaca, buat activity book mula la makin sendat semula.

Jom tengok apa yang saya nak let go. Please tolong ambik! Email ke karipapsayur@gmail.com jikalau ada yang berkenan. Sinopsis buku nanti siang saya letakkan link sekali






















Ok. Setakat ini dahulu.
posted from Bloggeroid

Traffic Engineering Books to Giveaway!

2
COM
Please please please.

Saya tujukan entry ini untuk kamu-kamu yang further Master / PhD (dengan anggapan budak Bach. Degree tak gemar study guna buku - pengalaman diri sendiri nih. Saya study nota kawan punya aje)

Gerobok saya dah penuh. Kebarangkalian untuk terus guna buku ni amat tipis sekali (dengan mengambil kira, sudah 2 tahun lebih terperam sahaja dalam kotak). Mungkin berguna untuk kamu.


Taken!


Taken!





Dan buku2 di bawah ni pulak rasanya hampir 10 tahun tak guna tak belek kot!




Taken!

Awak boleh pilih nak yg mana atau boleh amik semua sekaligus.

Email ke karipapsayur@gmail.com. Kita arrange nnt camne. Harap datang amik lah. Tapayah nak pos2.

Harga: FREE. Saya memang nak bagi.

p/s: next time saya nak beri buku2 bacaan saya pulak (harap lahh ada org sudi terima!)
posted from Bloggeroid

Book Review: Lethal Experiment

2
COM


Wah, bersenang-lenang saya sangat nampaknya; dalam sebulan boleh habiskan 3 buah buku! Padahal ada kerja hakiki yang menuntut bahan bacaan yang lebih penting!

Saya sekarang banyak jumpa medical term dalam bacaan buatkan saya pening kepala. 'Cleat-catch' mechanism la, venous blood la, acute la, turf toe, anterior cruciate ligament, foot lock. Udahh.. mcm mana la korg yg belajar jadi doktor ni? Saya cuma cari bab sports injury aje pun dah jumpa term2 pelik dan give up! Apatah lagi nak tahu, kecederaan ni jd mcm mana, yg cedera tu jd mcm mana?

Lethal Experiment! Tulisan John Locke. Ini stok beli semata nak cukupkan kuota baucer buku. RM 8 je selepas diskaun2. Tapi nasib la cerita dia ok. Ala2 cerita Covert Affairs begitu. Agent upahan untuk membunuh bagai.

Wow saya suka! Cara cerita dia detail. Donovan Creed, antara pembunuh terhebat. Girlfriend dia x tahu kerja2 membunuh dia ni. Pertubuhan dorg ni buat satu loan; khas untuk org2 yg kena reject permohonan loan dekat bank. Kalau terima loan ni, katanya akan ada org (jahat) yg akan mati. (Tp sebenarnya dia akan bunuh previous penerima loan tu pulak).

Dan sebenarnya org2 yg dibunuh tu mmg buat jahat pun. Jual dadah pd budak2, pembunuh org lain etc.

Cuma si Creed ni ada monolog dalaman yang tak semestinya punisment kepada org2 ni adalah pembunuhan.. So mula la ada konflik dia. Lepas membunuh start rasa sakit jantung bla3.

Tapi part kelakar bila dia bunuh boyfriend anak ppuan dia. Lepastu start pretend innocent x tahu apa2.

Dah. Tanak cerita panjang2.

Saya fikir nak let go buku2 saya yang lama2 lah. Banyak kotak nak kena kosongkan untuk sediakan space untuk bahan bacaan yang baru. Rumahnya sempit. X boleh nak library besar2 :(
posted from Bloggeroid

Book Review: Anekdot MADINAH

0
COM
Buku ni datang pada saya bertepatan pada masanya. (Datangnya dah lama cuma turn untuk saya baca betul2 kena)

Waktu tengah down, buku ni memujuk hati lah bagi saya. Secara overall nya Anekdot MADINAH ni ceritanya berkisar pengalaman Prof Kamil dan keluarga di Madinah. Dan setiap scene dikaitkan kembali kepada Allah.

Cerita pasal kesusahan nak masukkan anak2 ke sekolah di Madinah, cerita2 biasa nak bukak akaun bank, communication barrier, bab amik driving license, kisah pesalah kena pancung kepala di sana.

Saya tak pernah ke sana (lagi), tapi dari cerita2 kebanyakannya ckp sistem di sana tak efficient, lambat, lembap, queue panjang etc.Tapi Prof Kamil amik positif, cakap pasal sabar.

Dalam buku ni ada share tips amalan mudah; Antara yang saya ingat:

1. Solat sunat Rawatib
2. Baca 10 kali surah Qulhuallahu ahad (sehari)
3. (Dah lupa. Nanti saya semak balik).

Point utamanya adalah; Nak apa2, doa aje lah mintak pada Allah.

Bagi saya sendiri lah, saya dekat dengan penulisan Prof Kamil. Ada ketika ayatnya memujuk; tak seteruk mana masalah2 yang kita hadapi skrg. Kita ada misi lebih besar lagi ni sebenarnya!



Awal pagi tadi kakak saya texted; ingatkan saya tentang tarikh harini pada 3 tahun yg lalu saya keguguran (sebelum pregnant Zaqwan).

Saya sendiri kadang terlupa saya ada seorang lagi anak 'di sana' (saya kurang faham bab agama Islam keguguran kurang dari 16 minggu sudah dikira satu nyawa atau belum - read: anak). Tapi saya harap ia dikira juga.

Ia satu perasaan rindu yang sangat2 sampai boleh menangis lencun sebelum terlena tidur dgn sendirinya. Tapi takda muka yang boleh dirindukan. Cuma perasaan yang sangat dekat kepada peristiwa tu. Hati yg sayu, gumpalan darah besar jatuh atas lantai toilet, nampak menda yang lain sikit drp gumpal darah tu (mcm memanjang sikit tp dh pecah2 -itupun tak tahu lah nak kata janin atau urat ke hape).

Keadaan yang berlaku masa hari2 keguguran tu, ya Allah. Bagi saya itulah dugaan pertama terbesar masa tu. Hal gugur tu kecik je. Tapi emosi tu.. huii. Tak boleh bayang. Saya sekarang cuma fikir; terima kasih Allah sebab dah berikan ganti kpd yg itu. Ada 3 anak saya bahagia, ada 2 anak juga saya bahagia!

Saya pernah alpa, mendapat 'peringatan', dan cycle ni berulang2 kembali (cuma dengan rencah2 baru, scene yg baru). Baca buku ni pun saya terasa datang semula semangat baru untuk berusaha. Ujian atas dunia ni picisan sangat. Lawan dan terus lawan. Paling penting, doa je mintak apa2. Jangan malu dengan Dia.

Prof Kamil mintak: nak masuk syurga tanpa dihisab. Bunyi macam mustahil untuk kita orang2 biasa. Tp Dia lebih mengetahui.

Saya nak mintak: rahsia!




Ini bukunya. Awak nak pinjam, sila beritahu saya.
posted from Bloggeroid