Taska Shah Alam (Seksyen 18 dan yang berdekatan)~

Saya dari hari pertama mencari taska mengomel tak habis pasal taska-taska sini. Bila bermula dengan taska yang best (Taska Bijak Cerdik, Shah Alam), saya jadi demand sikit lah.
Meaning, masa mencari taska tuh, saya expect module dia termasuk lah dengan
  • ada mandi kolam kecik depan rumah sekali seminggu
  • ada tampal-tampal projek hasil art kanak-kanak (sebagai bukti mereka memang buat art!)
  • suasana yang redup dan nampak selesa
  • taska yang perkarangannya nampak bersih dan at least ada la seketul dua mainan kanak-kanak depan rumah
  • teachers yang kemas rupanya. Bukan nak lawa tapi at least nampak kemas dan berkeyakinan bole jaga dan ajar anak kita
  • teachers yang muda dan energetik
Tapi pada pemerhatian saya dengan taska di Shah Alam nih, susah nak dapat sedemikian rupa. Dan, mahal. Putrajaya sehari RM15. Paling mahal RM17 sehari (kalo ikut by day lah.) Sini RM20/day paling murah. Ada yang RM30/day pun ada (kalo bukan member)
Tak lengkap semua kriteria.

Ada yang teacher nasihat; “Budak-budak ni kak kita x bole tekankan dia sangat dengan belajar. Nanti dorang stress. Kita kat sini ajar sikit-sikit je menyanyi dan membaca”
-saya bukan la nak beria sangat nak QZ belajar saje. Tapi at least pembelajaran yang fun. Meaning meransang psikomotor / skill hands on budak-budak nih. Dok asik menyanyi je, bosan laaa
Ada pengasuh yang tua dan kelihatan lesu aje.
- saya pun was-was.. Saya tak yakin dia energetic dan bole mengajar anak-anak di situ. Macam tugasnya sekadar mengasuh saje.
Ada yang teacher yang masa menjawab soklan berkenaan aktiviti, macam memikir dulu baru nak cakap.
- Agaknya memang tiada module aktiviti agaknya
OK, ini list taska-taska di Seksyen 18, Seksyen 19, dan Seksyen 20. Tak semua taska termasuk tau. Sebab ada yang saya terlepas pandang / tak jumpa carik

Seksyen 18 :
Taska Nilam (Indah)
012.246.8626
RM 270 / month
7 am – 6.30 pm
OT RM5/hour.
Jalan Serdang Batu Satu, Sek 18

** Taska ni saya tengok sorang aje teacher nya. Budak-budak ada 9-10 orang. Ish, kot nye dia pengsan, sape nak call 999? Budak-budak camne?? Mungkin yang lain off day haritu tak?
Dan persekitaran tak memberansangkan. Katanya bahagian atas rumah ni (2 tingkat) tak digunakan. Tuan rumah akan balik hujung minggu. Taska sewa bahagian bawah rumah saje.
Luar rumah pun masih berlonggok few barang-barang yang tak tahu la nak buang ke hape ntah.
Personally, saya tak suka

Taska Ceri
012.661.5211 / 03.554.8211
RM250 / month
Sabtu minggu pertama dan ketiga cuti
Sabtu minggu kedua dan keempat bukak
Budak lebih kurang 10 orang. Katanya teacher sorang berhenti dan bakal amik sorang lagi teacher baru
RM30/day (bukan ahli)
RM20/day (ahli)
Jalan Kepau 18 / 14, Sek 18
**Buat masa sekarang dorang cuma amik budak bermula pandai berjalan sampai beso. Baby tak da.
Dari luar, taska cantek la jugak..

Taska Tunas Bestari
03.554.200.48
RM210/month
7.30 am – 6.00 pm
OT; 6.00 pm – 7.00 pm = RM3/hour
OT; 8.00pm ke atas = RM5/hour
Seksyen 18

Taska Nurhidayah
019.318.6298
RM250 / month
RM20 / day (tak digalakkan sebab dia takut budak lama x datang start menangis ajee)
Jalan Rumbia 2 18/19B
** Masa saya datang tengok, teacher ada 2 orang. 1 sah-sah jaga baby
Lagi sorang, tengok ada nak dekat 20 orang budak!
Katanya bila umur 2 tahun dah bole serap masuk ke satu lagi taska / tadika dia nama Alam Ria Bestari (Seksyen 17)
Umur minima 2 tahun.
Fee anggaran RM 250 – RM280
Teacher kemungkinan ada 4 orang nanti.

Taska Nafis (Taska QZ)
016.905.8161 / 017.651.9223
RM250 / month (baby)
RM230 / month (2 tahun)
7 am – 6 pm
OT until 7 pm = RM 2
OT after7 pm = RM 3
** Taska QZ nih. Kalo ikut penilaian saya, better berbanding taska lain di sini.
Kat laman rumah ada playground kecik. So aktiviti nya ada main di taman =)

Taska Qurratul Ain
03.554.103.07 / 017.326.7811
No 80, Jalan Rumbia 18/19
RM230 / month
RM17 / day
** Taska ni luas dan laman nya bersih. Tapi tiba-tiba pulak ada seketul mesin basuh depan rumh.. Pelik saya taska nak letak mesin basuh kat laman. Tak melambangkan taska dah.
Teacher 2 orang. Budak less than 15 orang.

Seksyen 19 :
Nurseri Manjaku
(pernah masuk sinar harian kalau tak silap – tahun 2006 kot?)
kira macam owner buat promote la aktiviti temuramah dalam sinar harian / magazine wanita.
Alamak, no hp tiada tapi memang sangat hampir dengan Stesen Komuter Seksyen 19
RM260 / month
RM30 / day
7 am – 6.30 pm
OT RM 3/ hour
Budak-budak ada 30 orang dan teacher ada 2.
** Tengok taska seperti rumah lama, saya was-was. Walopun pernah masuk magazine tapi macam gini rupa rumah nya, x payah lah.

Taska De’ Najjah
012.371.1221
No 24, Jalan Tangkul 19/21
Seksyen 19
** Taska ni saya rasa bagus. Sebab bila call aje cakap umur QZ terus dia cakap, utk umur tu, dah full.
Kalo cepat, dapat lah daftar kot?
Tak sempat nak tanya detail fee ke apa bagai. Maksudnya dia memang strict pasal ratio pengambilan budak vs teacher

Taska Cahaya Kasih
019.251.3144 / 03.554.8181.7
RM230 / month
RM15 / day
7am – 6.30 pm
OT RM 3
No 24, Jalan Gembala 4 19/9D
** Owner dia bersama 2 orang teacher.
Kakak ni baik dan peramah tapi nampak macam tak banyak aktiviti bole buat. Sekadar main, pasang video pelajaran dan menyanyi

Seksyen 20 :
Taska al-Husna
019.275.4689
RM 250 / month
7 am – 6.30 pm
OT RM 4
21 orang kanak-kanak dan 3 orang teachers
No 2, Jalan Landak 6 20/13F
** Yang ni pagar nya macam nak rabih, terus saya reject

Taska Juwita Farhana
03.554.179.67
RM300 / month (baby)
RM250 / month ( 2 tahun)
RM20 / day
26 kanak-kanak 3 teachers
7 am – 6 pm
OT RM5
** Sedih saya dengar teachers sini xda amik kursus latihan asuhan budak-budak.
Reject!

***
Pada pemerhatian saya;

~ Owner taska / supervisor / pengetua saje yang ada sijil kursus latihan asuhan kanak-kanak. Kalo setakat pengasuh tu / teacher memang x ramai yang ada sijil ni. Sebab pengasuh taska kan ramai yang temporary aje. Sementara tunggu result SPM lah, tunggu panggilan nak masuk college lah.
Dan bila dah owner tuh (the only yang ada sijil) , belum tentu dia sendiri yang duduk menjaga di taska. Sebab dah hired pengasuh kan.. Syarat untuk bukak taska kan; MESTI JOIN KURSUS ASUHAN KANAK-KANAK..
~ Bila budak-budak dah ada 10 orang++ dan teacher ada 2, confirm dah sorang teacher akan jaga baby then sorang lagi jaga toddler sampai la ke 4-5-6 tahun. Bila takda pengkhususan teacher A & B jaga babies; teacher C & D jaga toddlers, dan teacher E jaga 4-5 tahun. Bila macam nih, baru la ada module yang bersesuai ikut peringkat umur, kan?
~ Bagi saya sendiri, appearance taska tu mesti catchy. Kalo dah dengan berlonggok junk kat tepi rumah, unappropiate letak mesin basuh kat laman.. Aihh.. tak sedap rasanya. Pintu pagar pun mesti la cantik-cantik sikit. Jangan la seperti retak menanti belah tunggu masa nak rabih menyembah bumi aje.

Ini sekadar komen dan pemerhatian serta penilaian dari saya. Parents yang menghantar anak masing-masing mesti ada penilaian sendiri jugak kan?

Taska Shah Alam (Seksyen 18 dan yang berdekatan)~ Taska Shah Alam (Seksyen 18 dan yang berdekatan)~ Reviewed by karipapsayur on 9:27:00 PM Rating: 5

16 comments :

  1. hmm qas..sy kat sini anta aliff kat sorang akak..die bukan taska la..sbb sini taska ade limit time dan saya jenis keje yang konon2 kalah org busines gitu tak seswai la letak kat taska ke ape. yup..taska bayaran kalo lebih OT..dah la sabtu ahad tak buka,camno???makcik salu je program sabtu ahad..nak abah die eh jago kan???skolah abah eh aktif bebenor..so redha jela tinggal kat akak ni...akak ni ibu tunggal(suami meninggal eksiden)skrg duk dgn anak bgsu die prmpuan form3.die 2baby <1thn, 3org <2thn dan 4org 4thn..ramai kan???tp alhamdulillah, die jaga ok.memula cuak qas..ramainya die jaga.tp die pandai atur mase budak2 makan minum mandi.aliff jenis kulit sensitip tak pernah la beruam bagai..takat merah sbb die cirit ade la sket2 tu pun jarang.anak tak pernah calar ape(mase kecik,dh besar ni anak saya lasak..besa la)aliff kuat makan (3x sari) pagi makanan saya bekal.kalo makanan dah abis, tghari ptg die akan suapkan..pun ajar budak2 ngaji sket2, baca doa pe..ok la...sgt puas ati..(ni komen dibuat berdasarkan pemerhatian)so bg saya..kalo ckgu sket tak pe,tp die btanggungjawab.akak ni umo dah lebih kurang mak saya dah la..tau nak y terbaik,elok awak pantau,g sok sek dgn org2 sbelah ke ape..y mane dalam waiting list tgk camna..kdg ade ramai staff pun hampeh juga(merujuk kes adik saya mase kecik dulu)sowi..pjg lak..hehe

    ReplyDelete
  2. pening bila pikir hal ni..tak senang duduk aku..

    ReplyDelete
  3. qast..kat Sek7 apartment kristal tu ada taska tau..the little caliph..xtau la bape fees..

    ReplyDelete
  4. slm miss Q...sukenye terjumpe blog awak ni...sbb sya td sehari suntuk dok cari taska nk letak bby...tpi td sya cri kt seksyen 7 je..sume penuh...kalu x penuh pn x amik baby...ni td kol taska yg QZ pegi tu...tpi dorng ckp xtau lagi nk amik baby lgi ke x..kene kol blik jap lagi...sja anta msg ni nk tunjuk appreciation kt miss Q sbb rajin sgt tlg senaraikn taska dan bt komen skali...tq byk2 miss Q!!!!

    ReplyDelete
  5. she-g: kalo kita pandang dan tahu dia jenis macam aktif xpe. kalo nampak muka pun letih, rasa mcm x sedap jugak laa dear.

    ReplyDelete
  6. pilih taska mmg payah skit, liza pun masa bdk2 nie kecik berapa kali pindah kan ke taska sampai dapat yg sesuai. good luck and semoga mendapat yg bertepatan dgn citarasa

    ReplyDelete
  7. emy: betol.. kalo x molek, anak kecik bkn pandai bercakap

    ReplyDelete
  8. zimah: nk cari berdekatan rumah laa. kalo berdekatan uitm mcm susah sikit. kita kdg balik awal ;)

    ReplyDelete
  9. memang pening ari taska ni Qast. kami dulu, jumpa satu taska ni, utk kemasukan baru kena bayar dekat RM1 ribu! heran tahap gaban betul.

    ReplyDelete
  10. nia: yg ribu riban ni mesti montesori tu x??

    ReplyDelete
  11. elmaluvmidi: sek 7 dgn sek 18 mcm jauh je kalo semata nak hantar taska dear

    ReplyDelete
  12. Salam. Saya dari Taska Ceri di dua cawangan seksyen 18 dan seksyen 20, Shah Alam.
    Taska Ceri menyediakan pakej harga baru untuk anak-anak.
    Baby 2bln-2thn
    Pakej A (7-6) RM250, Pakej B (7-7) RM 280.
    Untuk anak 2 thn-4 thn Pakej A RM220,Pakej B RM240.
    Ot RM5/jam (bagi parent ada masalah lewat balik keje boleh la amek pakej B).
    Daily RM20 (7am-7pm).
    Taska Ceri juga dibuka setiap Sabtu (7am-2ptg.
    Sila layari facebook Taska Ceri.

    ReplyDelete
  13. Salam..Harga terkini dari Taska Ceri 2011Pakej A:(7am-6pm)Baby RM2501thn(dah boleh jalan)-4thn RM220Pakej B: (7am-7pm)Baby RM2801thn-4thn RM240Daily (7am-7pm) RM20, ot RM5sejamDibuka setiap Sabtu (7am-2pm)Sila ke Facebook Taska Ceri atau hubungi saya 012-6615211. Tq

    ReplyDelete
  14. terima kasih,akak bg info nih...sy tengah pening cari taska tuk ank sy...baru umur 8 bulan....

    ReplyDelete

Powered by Blogger.