Perodua: Cara Activate Bluetooth

Saya ada sorang kawan baru nih. Comel tau dia nih. Saya kenal dia masa kursus lah. Saya pernah tumpang kereta pergi makan Pizza Hut.

Ha, kenapa saya kata dia comel? Sebab dia ada kepercayaan dia sendiri; “Haku x bole buat jahat tau, Qast. Kalo haku buat, cepat aje Tuhan balas. Masa tu jugak Tuhan balas tau”
**
Dia keluar memang pakai sandal dan stokin.

Saya: Warak nye ko pakai sandal dengan stokin. Tak licin ke masa jalan?
Dia Comel: Tak lah. Haku ni memang kena pakai stokin. Haku dulu pernah tak pakai stokin, sekali habes kaki haku luka kena tali sandal ni
Saya: Oh, ok

**
Masa drive kereta pi makan Pizza Hut.
Saya: Bapok berhemah ko bawak keretaaa (70-80 kmph)
Dia Comel: Haku suka bawak slow-slow. Takda apa nak rushing. Haku bawak laju pun masa dalam highway balik kampung aritu.
Saya: Berapa?
Dia Comel: 100 kmph
Saya: Oh, ok

**
Dia Comel: Haku tak bole keluar masa office hour. Haritu haku kuar masa office hour, kawan aku drive kereta haku. Sekali eksiden. Mungkin Tuhan nak balas sebab keluar masa waktu bekerja
Saya: Ko x apply time off ke masa tu?
Dia Comel: Apply. Tapi memang sepatutnya hal tak berapa penting haku pegi keluar jugak kot..
Saya: Oh, ok.

**
Saya: Wah, hebat kereta kau nih! (MyVi). Siap ada bluetooth dengan USB weyh! Ko salu dengar dari pendrive tak?
Dia Comel: Tak guna pun. Haku takut virus masuk dalam kereta
Saya: Hish, tak lah! Ini dia read saje.. Bluetooth penah guna?
Dia Comel: Tak penah. Henpon haku ni pun bukannya ada bluetooth
Saya: Takpe. Nanti test dengan henpon haku

Kereta orang, memandai-mandai aje saya. Saya test.. puas try sambil baca manual. Tetap tak berjaya!

p/s: Kawan saya tu memang macam sivik sangat tapi hati dia baik. Selalu borak dengan saya hati ke hati. Bukan jenis mengumpat-ngumpat. Itu yang buat dia comel =)

Tak lama lepas tu Izza Comey pun pakai MyVi, Masa mula-mula katanya dia dapat info bluetooth dalam Perodua ni hanya untuk Blackberry saje.

Pergh.. Marah la saya dengar. Mana bole Perodua bias dengan pengguna selain Blackberry! Ini tidak adil!

Tak lama lepas tu jugak dia pun berjaya connect E71 dia dengan bluetooth. Ini yang dia ajarkan.. Salah paham aje pasal Blackberry tuhh..


Cantikkan? Kalo beli yang Limited Edition kaler pink tuh, bole la dapat macam gini..
Tapi saya macam tak suka. Luarnya pink tapi seat ada line oren.. Macam tak seswai.

Meh saya ajar kan pulak nk activate bluetooth dalam kereta Perodua. Senang aje..
  1. Turn on bluetooth henpon korang. Cuba search untuk “New paired device” dan sewaktu dengannya.. Maksudnya macam nak add device lah
  2. Sambil pada tu, korang tekan aje button bluetooth kat kereta korang lama-lama (ada cakap sampai 13 saat. Tapi saya rasa lebih).
  3. Sedar-sedar bunyi  “tett tett” dan appear kat screen audio kereta cakap dah connect..
  4. Lenkali korang masuk kereta nak connect kepada audio kereta, pada henpon tu klik pada “Connect to Audio Device”
Sekian, begitu lah kekdah nya..
- Saya buat gini berjaya. Tak tahu lah kot korang buat tak menjadi pulak..

Bagus la.. bila ada call in, dan korang tekan pada henpon nak jawab, terus lagu korang terberhenti. Cakap la korang dengan audio device tu saje..

Misalan kata bunyi suara orang sana slow sangat, cuba kuatkan volume kereta. Kalau tak jugak berapa dengar, pada tepi henpon korang kan ada button nak kuatkan atau slowkan bunyi suara pihak sana.. Adjust untuk kuatkan volume

Kan bagus begini. Selamat la sikit nak menjawab telefon dalam kereta. Takda la kena saman polis nanti kann..  Cuma ada juga kekurangannya..

Bila bercakap telefon, dia akan keluar suara di audio device. Meaning seisi kereta bole dengar apa yang dipercakapkan.. Susah la nak mengumpat oooi! Silap-silap kantoii..

Yang diumpatkan juga menumpang dalam kereta. Orang kalo nak mengumpat ni tak dan-dan bagi salam.. Menonong aje.. Si tukang driver pulak tak bole nak bagi hint si polannya ada dalam kereta..
Haa.. ini lah salah satu kekurangan sistem bluetooth kereta nih.

Tapi ada cara nak mengatasinya!

Bagaimana?

Kamu dengan kawan-kawan baik kena la buat ayat rahsia.

Orang sana: Burung berkicau di tepi tasik. Bertenggek dia dengan gembiranya atas batuan

Kalau line clear; korang jawab lah..

Orang dalam kereta: Takda burung-burung nye haa.. Haku free aje sorang-sorang dalam kereta nihh! Ha, cakap. Ko nak ngumpat sape nih?

Kalau line tak clear; korang jawab lah

Orang dalam kereta: Datang buaya merangkak ke daratan lalu membaham burung itu..

He he..

Selamat beramal~

Perodua: Cara Activate Bluetooth Perodua: Cara Activate Bluetooth Reviewed by Qastalani® on 11:42:00 PM Rating: 5

9 comments :

  1. oh...cenggitu eh...dulu try gak kat myvik adik sy..bagai nak rak tekan...haram xjadi..pastu..giveup..-_-''takpe...nanti nak try lg ikut cari mommy eh

    ReplyDelete
  2. hooo...macam tu ke...aritu punyalah aku n kawan aku gigih berusaha nak onkan bluetooth keta myvi baru mak dia, haram tak dpt. sekarang baru ku tau. tapi comellah ayat rahsia ko qast. tergolek aku. ahahahhaa.

    ReplyDelete
  3. melody: sah2 la kantoi nak mengumpat juge weyhh

    ReplyDelete
  4. >mizan: ada dia mintak pasword tp buat byk2 kali, terus connected!

    ReplyDelete
  5. finally, jumpa pun cara nak connect bluetooth tu. TQ sbb share. BTW, post yg sgt comel & membantu. :)

    ReplyDelete
  6. Klu sblm ni keta dah connect dgn hp Lama tp nak tukar hp baru, bole tak? Cara masi sma ke?

    ReplyDelete
  7. I've been searching info pasal blueetooth kereta. Sekali baca yang secret code tu omgggg lawak gila hahhahahaha

    ReplyDelete

Powered by Blogger.