Homemade Sugaring Wax

Melihatkan harga waxing di Kuantan sangat mahal, (ketiak saje dah RM40), saya decided untuk buat sendiri. Ya ampun, kos dia x sampai RM10 pun! Dan kamu boleh simpan untuk kegunaan nak wax akan datang. Sumpah saya cakap!

Bahan-bahan:
1 cawan gula putih (kalo curi gula mak, FREE)
2 sudu besar air paip (FREE)
2 sudu besar perahan lemon (Koman-koman kena beli 4 butir di groceries. Kata la harga RM4.99)

----
Kain cotton untuk tarik wax tu nanti (Beli 1 meter cotton keras paling murah – RM2.80/meter di KAMDAR) – kain corak-corak je saya bantai
Kain cotton tu potong lah agak2 size wax strip. 4” x 8” ke..


Cara-cara:
Campak segala bahan masak tu, masak atas api kecil
Kacau lah sentiasa. Mula-mula dia gelegak macam rupa nak masak syrup. Teruskan kacau sampai warna menjadi keperangan.

Dan dia likat macam syrup / kordial
Bila senduk yang kita kaco tu, cuba letak pada air mengalir bawah paip, gula-gula cair yang melekat tu jadi mcm keras. Haaa.. tu tandanya masakan dah menjadi la tuh.

Credit: http://thebirdandtheberry.blogspot.com/2010/04/wax-on-wax-off-homemade-sugaring-wax.html

***
Jangan selok sangat terus apply kat bahagian kita nak wax. Panas sangat tuh. Tunggu agak-agak kesuaman yang kulit kita boleh terima.

Cara nak wax tapayah la saya ajar sebab orang yang dah biasa pegi wax aje akan ikut resepi nih. Tahu lah korang banyak mana nak isi dan cara tekap wax dan tarik.

Saya x sapu 1 ketiak terus. Buat sikit-sikit ikut bahagian. Bila bahagian dah susah tuh, mintak lah tolong orang cabut kan. Cabut laju-laju tau. Makin perlahan cabut makin terseksa jiwa raga menahan sakit.
Teori: wax suam dia cair likat. Wax yang mensejuk, dia dalam proses nak keras. So dia hold hair tuh dan ikut tertarik sekali.
*** Saya simpan dalam tipuware yang microwave safe. Next time, nak pakai lagi, saya masuk dalam microwave pada 450 W (nilai Watt kan?) selama 3-4 minit. Kalo pilih 600 W, mengekik-ngekik kulit, Jahh!

*** Orang yang nak jaga hygiene dia akan beli batang aiskrim paddlepop tu banyak-banyak. sekali celop then buang. Tapi wax ni saya yang punye sorang-sorang yang pakai, so xda masalah nak celop banyak kali pun. Saya pakai pisau sapu roti tu. Itu dah khas 1 untuk wax.

Selamat Mencuba.

Kamu yang kaya-kaya tu, boleh la pilih alternatif wax di spa. Setakat yang saya tahu Kuantan ada 2 spa yang buat Brazilian tau. Kalo nak tau harga, sila email saya personally. Tapi serious. Kedua-dua spa ni sakit! Saya x boleh tahan.

Kalo KL / Subang, saya pernah jumpa paling murah, RM40 untuk Brazillian wax. Saya sempat buat beberapa kali sebelum pindah ke Kuantan. Yang ini laju je dah siap, x sempat nak rasa sakit.


Homemade Sugaring Wax Homemade Sugaring Wax Reviewed by karipapsayur on 6:38:00 PM Rating: 5

5 comments:

  1. Terima kaseh qas, dah bagi ilmu yang berguna ni, kadang2 bukan sebab kita ada duit ke tidak untuk ke spa tu sebab nya kadang2 kemalasan nak keluar tu.

    ReplyDelete
  2. Salam kak, nak tanya kat mana ada brazilian wax kat kuantan?boleh bagi nama kedai+alamat tak?thanks :)

    ReplyDelete
  3. nak tnye,dh byk kli dah buat..last2 buang...sbb keras mcm gula2....nape sy tgk kt utube,minah saleh tu yg dorg buat mcm pekat je slalu ek?xpyh nak cair2 dah...heran ak...dh bpe kilo dh gula abes...tolong!!!!

    ReplyDelete
  4. nak tnye..knpe kalo ltak dlm bkas jd kras plak....dh byak kali buat..bnde tu xblh nk trus gna sbb panas...smpan lam bkas dulu...ttp n then bkak balik tgk2 dh kras mcm batu...cairkan balik,pastu pns,pastu simpan,pastu kras n blablablabla...ak wt keje yg same aje....tgk kt utube,dorg buat mcm bnda tu slalu je pekat,xdela mengeras mcm batu...tolong....dh bpe kg ak mbazir gula..hahaha

    ReplyDelete
  5. Salam kak, nak tanya kat mana ada brazilian wax kat kuantan?boleh bagi nama kedai+alamat tak?thanks :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.