Doa Ringkas Selepas Solat

Tahu tak selama bersolat selama ini (dari kecik hingga ke besor; termasuk ada hari off day mahupun ponteng <—tolong jangan ikut kerja jahat yang pernah dilakukan ini)..

Masuk kepada ayat semula; Tahu tak selama bersolat dari dulu haku tak pernah hafal doa selepas solat yang Bahasa Arab tu. Haku cakap Melayu saje. Tak da dah nak puji-pujian selawat ke atas Nabi etc. Terus straight to the point mintak kat Allah nak itu dan ini. Ye lah. Zaman itu mana la dengar ceramah kena selawat puji-puji dulu baru mintak!

Kalau nak beskal, doa mintak Allah suruh bukak pintu hati ayah haku beli beskal. Beli roller blade lah beli henpon cap sekian-sekian, beli kereta lah. Macam-macam dapat. Ko tengok, highlight beli kereta maknanya umur 18 tahun masih lagi doa direct sebijik cakap nak kereta. Kadang-kadang siap mintak Allah kayakan bapak haku supaya dia boleh belikan haku itu dan ini.

Bila makin dewasa. Baru tahu kena puji-pujian Alhamdulillah hi Rabbil alamin bla3 yang itu. Itupun masuk asrama setiap malam ada solat jemaah dengar Imam sokmo start baca doa macam tu. Tapi masuk intipati doa masih cakap Melayu.

Setakat hidup ni baru 2 kali je haku pernah jadi Imam untuk solat. Yang kali pertama sebab terpaksa. Form 5 kena bergilir jadi imam untuk solat Maghrib untuk budak2 sekolah. Siap dorang pasang mic bagai. Naseb lah tak terkurang atau terlebih rakaat haku buat.

Kali kedua bersama 3 orang kawan lain kat bilik hostel time matriculation. Seyes sampai sekarang haku masih ingat insiden room mate haku pi tepuk bahu haku yang tengah solat untuk signal soh naik jadi imam. Automatik haku pusing belakang dan marah; “Janganlah tepuk haku!”. Semua terkejut dan berderai ketawa nak dekat 10 minit. Tengah solat tu memang haku dah dengar kawan haku cakap nak tepuk Qast suruh naik jadi imam. Haku mana reti dari tengah solat tibe-tibe naik jadi imam! Lepas daripada insiden tu memang haku takkan solat tengah-tengah ruang. Port haku mesti tepi dinding . Bahu kanan haku mesti dah dinding atau tiang.

Balik semula pasal doa Arab. Makin lama makin malu sendiri sebab masih tak reti baca doa Arab. Akhirnya haku cari doa paling ringkas kat internet. Hafal. Mula-mula memang baca dari kertas lepastu dah boleh hafal,

Sepatah haram haku tak tau makna. Bila lama sikit baru dapat spot. Yang part “Waliwa- lidayya” tu maksudnya kedua ibu bapa. Ok, part tu rupanya mintak diampunkan dosa ibu bapa haku.

Bila terdetik hati nak check satu persatu maksud doa, Ya Allah. Rasa indah sangat hebat sangat ayat nye;

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Macam baca sajak merayu. Susunan ayat tu, mak ai. Jauh berbeza la daripada awal-awal dulu mintak direct. Nak dapat A. Cepat sembuhkan penyakit tengah demam ke selsema ke time tu.

Patutlah orang kata kalau kita faham sebijik-sebijik apa ayat Arab yang kita baca dalam solat, memang ko rasa kedudukan ko kecik sangat. Itu baru paham makna tersurat sebalik ayat. Kalau paham kupasan ayat tu memang nak tunggu ke habis 4 rakaat rasanya lencun air mata dengan air hingus menjejeh..

Ini tidak. Sebab x paham makna. 5-6-7 minit dah siap. Bukan siap solat. Siap dengan dah lipat molek kain telekung dan sejadah! Bunyi laju angkat takbir dah macam bunyi burung mengepak sayap.

Sekarang haku dah pandai. Kalau hati sedih sangat-sangat haku takkan menangis dalam jamban lagi dah. Jamban tempat setan menghasut. Haku akan simpan menangis masa nak doa lepas solat. Haku baca dari sini lah: http://bududanbelacan.blogspot.com/2012/04/usahlah-menangis-di-bilik-air.html.

Memang betol rupanya. Bila berdoa time hati sedih dan berkecamuk, rasa macam feel sangat. Mustajab ke tak mustajab doa tu kira Allah saje la yang menilai tapi dari part diri sendiri rasa macam “rupanya lebih relieve..”.

Tapi kalau dah feeling terlebih, sampai air mata masuk dalam mulut, masih bole terdetik dalam hati; “Oi, masinnye air mata haku nih! Memang sedih sangat haku ni yek” – Nota: Air mata buat-buat (palsu) x masin sangat tau.

Bila dah tersengih senyum tu haku tahu lah Allah dah pujuk sikit hati haku ni.

19 comments:

  1. setuju. Plus, kalo berdoa sambil nanges rasa lega dan lapang je.
    Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih

    ReplyDelete
  2. Aku pun macam ko gak.. asyik doa direct to the point. DUlu masa asrama hafal beria doa ni.. la ni doa dalam bahasa melayu je..

    ReplyDelete
  3. Lagi satu sembahyang ni pun kena kusyuk, kadang2 telinga kita ni setan suka duduk baru nak kusyuk terdengar pulak bebelan orang kat tepi tepi sampai terganggu sembahyang kita.

    ReplyDelete
  4. Good Info! Suka baca yang ayat rumi tu. Memang kagum!

    ReplyDelete
  5. Nicely said....kan best kalau kita reti cakap Arab...terasa time solat cam bercakap ngan Allah S.W.T dan bila mengaji rasa cam baca buku motivasi...

    Alhamdulillah budak sekarang dah ader silibus Bahasa Arab...atleast sikit sebanyak depa akan ada basic..

    Untunglaaa...

    ReplyDelete
  6. pernah dengar dulu, kita kena doakan ibu bapa setiap kali lepas solat sebenarnya. kalau tak umpama tak lengkap tanggungjawab kita sebagai seorang anak :)

    ReplyDelete
  7. LOL. Nak tergelak aku baca entry kau. Betullah aku pun dulu nak makan KFC pun mintak doa jugak. Serba serbilah. Hehe..

    Tapi bab air mata buat2 tu tak masin sangat, ni aku baru tahu. Serious ke weiii? Hahaha

    ReplyDelete
  8. amboi kelakar jugak engko ni.

    ReplyDelete
  9. Berdoa selalu kpdNYA mmg merupakan salah satu jalan terbaik utk mengubati hati yg luka....btw klau pi jamban mmg dh terbalik dah tue...hahaha

    ReplyDelete
  10. berdoalah dalam bahasa apapun ...insyaallah Allah akan kabulkan..

    ReplyDelete
  11. berdoalah...nescaya Allah akan kabulkan..

    ReplyDelete
  12. dah donlod satu copy. tengs. semoga dirahmati selalu.

    ReplyDelete
  13. Ada beberapa sebutan tak sama bunyi seperti yg dibaca oleh imam imam di masjid. Allahua'lam

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah best cter ko ni bru,lbih kurang mcm aku jgk,solat tp xtau ape mknye ayat2 dlm solat dan semua doa aku bce,Alhamdulillah Ramadhan yg lepas aku cari smua mksudnye,dan cari aku start solat mlm,dan apbila aku berdoa aku menangis kenang kn dosa aku,SubhanAllah!dan apabila lepas solat isyak mlm 1 syawal,hnya Allah swt yg tau perasaan aku sebak melaungkn tkbir bersama jemaah lain!

    ReplyDelete
  15. Benar tuh.. Kalu kita dok hafal doa dalam bahasa arab yang belum tentu kita tahu maknanya... lebih baik baca dalam bahasa melayu kan...

    http://supernifzvitamin.com

    ReplyDelete