Ular: Bawak Bertenang. (cara atasi mengelak ular masuk ke rumah)






Semoga Allah lindungi kita semua. Allah Allah..

Berderau sekejap darah saya melihat photo mama whatsapp pada saya. Naik bulu roma di tengkuk. Masa tu saya di office (nanti saya ceritakan kerja baru saya!)

Masa tu bertubi-tubi otak ni memikir. Takut! Ala, nak kena pindah rumah ke? Nak pergi mana? Habes lah.. Tak selamat lah hidup! Ish benci lah! Ini yang buat saya tak suka hidup di kampung bla3. (saya kalau tengok awak pakai handbag / kasut / baju bercorak ular, saya memang takkan suka dan geli. Walaupun saya sendiri pernah pegang ular.)


Saya beranikan diri pegang. Tapi saya masih tak suka. Ini housemate saya di Shah Alam yang beli. Anak ular sawa jenis kontot dan paling kurang aktif. (Pegang ular antara wishlist saya. Nanti saya ceritakan bab wish list ni)

Kembali kepada cerita kita. Dalam keadaan debar tangan saya laju menaip google itu dan ini. Saya kongsikan ikut kefahaman saya dari pembacaan k.


  1. Kita cuma nak menghalau ular / melarang dia daripada masuk rumah. Bukan nak membunuh dia. Takkan habis ular-ular di sekitar kampung awak kalau awak nak bunuh semua. Ini no 1.
  2. Kalau di depan mata, jangan nak tunjuk hero. Diam-diam sahaja perhati (sambil doa dalam hati suruh dia pergi). unless anak awak berdekat dengan ular tu, mintak perlindungan Allah dan perambatlah dia pergi.
  3. Ular memang takut dengan manusia. Dia menyerang sebab dia lapar nak makan atau sebab sebagai serangan balas daripada kita.
  4. (Ok, ini baru masuk bab petua) Ular datang sebab makanan dia (tikus). Pastikan tiada sumber makanan dia dalam rumah. - Itulah. sejak hardware sebelah rumah berpindah, memang semua tikus berhijrah masuk 'rumah saya' ni.
  5. Clear kan kawasan-kawasan kegemaran ular di luar rumah. Macam tempat-tempat longgok barang-barang di luar rumah. Sentiasa ingat, ular suka tempat yang panas tapi basah-basah lecak juga. Contoh tempat gelap-gelap kita longgok himpunan batu bata, simen yang belum dipakai, longgokan pasir atau batu yang kononnya nak buat construction tapi x menjadi etc.
  6. Dalam rumah pun. Jangan nanti dia dah masuk sekali dia cakap;  "Oh my home!!" - Bilik saya ni sempit. Bawah-bawah katil yang gelap tu lah tempat sorok plastik hitam berisi itu dan ini. (Memang beringat lah. Saya removed biar clear. Kawasan lain dalam rumah pun. Saya elakkan ada 'kawasan gelap' yang berpotensi jadi tempat menyorok dia. Saya duduk dalam kontena yang dah modified jadi bilik, memang gelap selalu nature nya tanpa lampu). Bilik saya ni sebenarnya jadi tempat simpanan lipatan-lipatan toto, simpanan bantal-bantal extra bila tetamu datang tidur di rumah. Seram pulak 'dia' duduk dalam tu karang. Tapi insyaAllah, dalam proses make it clear. Setahun duduk di sini, ini baru kali pertama nampak dia datang - bukan datang. menyusur melalui depan bilik aje pun)
  7. Tutup semua lubang yang ada di dalam rumah. Dari luar yang bole access ke dalam lah. Bilik saya, sejak beberapa bulan lalu dah battle dengan tikus. Awak pernah nampak kontena? Untuk bahagian dalam, dibalut besi kontena tu dengan gypsum board untuk menjadi dinding dan siling di dalam. Baru lah batang lampu di pasang pada gypsum board. Selepas tikus sebelah datang berhijrah, memang kerap saya dengar derapan-derapan dan chuit chuit tikus di atas 'siling gypsum board' saya ni. Pernah satu ketika, berlubang dinding gypsum board saya sebab dorang berlari terlangganr dinding gypsum board ni. Pernah masuk sekor tikus dalam bilik ni, saya letakkan perangkap tikus dengan umpan ikan masin goreng. Memang ada tangkapan pada esok harinya! 
  8. Clearkan segala dahan / daun pokok berjuntai ke atas rumah anda daripada pepohon berdekatan. Dia bole menjalar masuk ikut situ. Sama juga dengan tumbuhan-tumbuhan semak samun yang sangat hampir dengan rumah.
  9. Lopak-lopak air / tasik kecil di luar rumah, kasi clear kan. Situ mungkin bole jadi sumber kehidupan dia minum air. Takda sumber makan dan minum dia x datang, kan?
  10. Petua orang letakkan belerang. Tapi ada komen yang kata, dah letak pun rilek-rilek dia menyusur lalu atas belerang tu. Berhati-hati, belerang mudah terbakar. Kang terkena api puntung rokok sikit je dah bole terbakar. Sama juga kalau ada anak-anak kecik yang suka mencolek menda-menda masuk mulut. Belerang kan warna kuning, attractive juga tu.
  11. Cari lah petua-petua yang lain. Petua lain saya jumpa, ular x suka pada bau pokok limau kasturi. Tanamlah sedekat mungkin dengan kawasan rumah awak-awak tu.
  12. Ada juga jual snake repellant. Tapi ada juga yang kata tak berkesan. Maksudnya dia x berkesan kalau stand alone. Kalau dengan kombinasi tips-tips yang lain insyaAllah molek.
  13. Ular tak suka sebenarnya rumah awak. Dia x suka duduk dengan manusia. Dia bukannya kucing nak dibelai-belai manja. Dia datang either terdesak cari makan atau terlalu kawasan situ. Dia x kan datang bila kerap bunyi bising. Bukan nature dia pun. Tempat tinggal saya ni adalah bengkel besi ayah saya. Budak-budak main grinding machine memang bunyi bising amat hampir setiap hari. Kebetulan kejadian ular ni ketika bengkel dah senyap sunyi 2-3 hari sebab budak-budak hari pergi out station projek di luar kawasan Kuantan. Kalau awak ada laman luas, pergi lah mesin rumput guna mesin tu. Keraplah buat begitu. Kalau tahu ada orang, dia takkan datang
  14. Letakkan pagar 'snake proof' di sekeliling kawasan umah awak. Maksudnya lubang halus-halus lah tu. Dengan keadaan kawasan kampung kita ni tanah sekejap sana berbukit, sini tanah rata, memang  lah susah sikit. 
  15. Kalau rasa banyakk sangat atau takut sangat, panggil lah bomba / consult dengan mereka camne nak trap ular tu. Mungkin dorang lagi pandai dan banyak idea.
Ini sekadar petua fizikal yang kita boleh buat.  Tapi saya teringat kejadian ni. Beberapa hari sebelum tu, saya biasa driving ke office mendengar motivasi pagi IKIM fm sekitar jam 7.20 am kot. Motivasi oleh Ustaz Harryanto.

Pesannya, kalau kita nampak eksiden, atau kita pun terkena sesuat eksiden. Instead of mulut dok asik sebut "Kesian orang.. Kesia si polan". Eloknya kita sendiri kerap amalkan (juga baca ketika terdetik / tercetus kejadianyang tak diingini tu). Ayat nya ini:

Maksud Bahasa Melayu nya:

Ya Allah Engkaulah yg Maha Sejahtera,
dan diriMu kesejahteraan,
dan kepadaMu kembalinya kesejahteraan,
maka hidupkanlah kami ya Tuhan dengan kesejahteraan,
dan masukkanlah kami ke dalam syurga negeri kesejahteraan,
engkau telah memberkati ya Tuhan,
dan Engkau telah memuliai wahai yg Maha Agung dan yg Maha Mulia

Ini zikir common selepas solat kan?

Pada pandangan dan fikiran saya sendiri. Kejadian ular lalu depan rumah saya ni bukan saje "TER". Memang dari sudut pandangan mata kasar; Jiran sebelah rumah tu baru mesin rumput, tebang pokok-pokok yang berdekat dengan pagar rumah saya so ular sedia ada situ lari dan tersinggah sini. Kebetulan pulak bengkel ni sunyi kerja dah tak jalan di bengkel beberapa hari etc.. bla bla bla.

Tapi saya teringat pesan Ustaz Harryanto dalam Motivasi Pagi tu: Kau sendiri jarang-jarang sangat amalkan zikir ni selepas solat kan? Padahal ini zikir untuk merangkumi kesejahteraan dan keselamatan diri sendiri, ahli keluarga, kawasan persekitaran.

Sambil driving balik ke rumah dari office hari itu. Saya melalui kawasan anak-anak kampung (sebenarnya orang Myanmar - tak tahu pendatang halal atau haram - yang rumah diorang lagi banyak semak samun, lagi la berlecak sebelah longkang yang tak pernah kering etc ). Diorang lagi lebih vulnerable to the snake attack disebabkan keadaan rumah mereka yang sangat daif tu. Tapi sape jaga keselamatan dorg? Allah kan?

Saya sendiri masih takut-takut. Kalau saya lalu kawasan dalam gambar tu (yang mana itu sahaja kawasan saya lalu untuk pergi ke "rumah mak saya" yang attached di sebelahnya.), saya akan pandang sehabis dinding sambil berjalan. Anak saya yang sulung (Qaiser) pun mulutnya selalu bunyi cakap takut. Kalau saya pun buat takut, macam mana saya nak ajar anak saya supaya cuma takut pada Allah?

Kita dah buang semua potensi kesukaan ular (cuma beberapa yang agak sukar seperti kes tikus tu), kita cuma boleh mintak pada Allah. Saya nak pindah rumah bawak anak-anak macam mana? Semata sebab nampak ular seekor yang lalu depan bilik sedangkan anak saya dah bersekolah dengan baik, kami menetap dengan baik, dan saya sendiri pun baru sahaja bekerja - ekonomi belum stabil. Saya ajarkan pada Qaiser; "Abang baca A-uzu-billahi-minash-syaito-nirrojim saje. Lepas tu Allah tolong abang". Dia nampak takut tapi bukan takut beria. Level dia takut ular dan takut hantu sama sahaja. Sekejap dia berani, sekejap dia lupa.

Saya pun kerap beringat supaya selalu menutup pintu bilik. Ini semua usaha fizikal kita sahaja sedangkan Allah sebenarnya yang jaga kita kan? Sampai ketika saya duduk bersandar, bermonolog: aku tak mampu nak melarikan diri dari semua perkara yang berpotensi untuk harm diri tapi ya Allah, aku sandar kehidupan aku dan anak-anak pada Kau saje untuk Kau tlg tengok-tengok kan.

Lemah? Saya pun rasa helpless. Sekarang ni baru lah duduk lama sikit selepas solat, baca itu dan ini.

Ini semua peringatan Dia aje kan? Aku letakkan ujian sikit depan kau, kau akhirnya kembali rapat pada Aku tak?
Ular: Bawak Bertenang. (cara atasi mengelak ular masuk ke rumah) Ular: Bawak Bertenang. (cara atasi mengelak ular masuk ke rumah) Reviewed by Qastalani® on 9:15:00 AM Rating: 5

9 comments :

  1. Ayat tu mungkin panjang. Boleh cuba yg ni. Doa dibaca (setahu saya) sepatutnya yg kita mudah faham dan jelas tujuannya.
    Cth yg saya amalkan.
    "Ya Allah Ya Tuhanku, jauhilah kami sekeluarga daripada binatang2 & serangga2 yg boleh memudarat & membahayakan kami sekeluarga. Amin ya rabbal alamin + selawat nabi s.a.w"
    Saya tak janjikan yg doa ni berkesan, yg penting "kita berharap akan doa yg jelas"
    Wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye, pernah dengar juga doa utk elak binatang berbisa ni. Tp sebelum ni baca doa lumpsum semua xda spesifik binatang, kemalangan, dll. dah terkena baru nak teringat nak baca doa khas utk itu ini.

      Delete
  2. qast..umah saya la.selain belerang besa abg akan amik limau purut lepas tu belah letak kat bucu2 rumah.besa abg akan letak kat stiap pintu nak masuk rumah..kira mcm guard la..katanya ular tak suka limau purut..saya tak tahu pulak limau kasturi.heee..rumh skrg kliling hutan skunder.bukan takat ular..bab1 pon ada kua bersuka ria bila sampai musim kuini..suka sgt die buah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sheee! limau purut! aku yg salah taip kata limau kasturi! heheheh

      Delete
  3. Tq for sharing๐Ÿ‘๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  4. Ayat biasa yg kita baca lepas solat.

    ReplyDelete
  5. Doa apa2 pun blh,tp zikir yg Akak bg nie mmg ini sbnrnya Petua,sbb Ustaz pun ada ckp,ianya merangkumi ksemua aspek,if kte solat,inilah wiridnya,

    ReplyDelete

Powered by Blogger.