Cara download research article secara percuma

Sci-Hub di kalangan researcher memang tidak asing lagi. Reliable atau tidak? Membantu atau tidak? MasyaAllah.. sangat membantu! Boleh jadi ada juga adik-adik newbie yang baru mulakan research belum tahu pasal Sci-Hub.

Jangan hidup dalam silo, dikk.. Mari akak ceritakan.. Jangan jadi macam akak zaman dahulu. Dah jumpa article macam dah kena sangat dah dengan research kita.

 Tapi kita boleh baca abstract dia sahaja, give up. Kita cari lagi dan jumpa, tapi nak download kena bayar pula, give up. Last-last buka facebook atau candy crush. Lepas dah habis 5 nyawa, tengkuk dan bahu dah penat, nak tidur dulu pula.. No No No. Jangan putus asa. Mari akak ceritakan macam mana nak download research paper secara percuma.

Abang dan kakak otai, sila komen untuk penambahan. Mana tahu membantu saya dan adik-adik kita juga.

Kita mulakan dengan contoh bergambar lah. Mudah untuk faham. Lihat article di atas. "a review of recent research".. Cukup bagus mulakan dengan baca review paper dahulu. Kalau nampak macam dah kena, kita skodeng pula references dia untuk mencari susur galur nya.

Ok, yang pertama, berkenan. Kemudian kita baca abstract pula, ok jatuh cinta.

Acu nak download, rupanya kena bayar. Tengok lah rege. convert ke RM mahu terketar tangan nak bayar (walaupun tadi dah jatuh cinta baca abstract dia)

Jangan khuatir. Kamu kembali ke page tadi. highlight dan copy DOI dia. DOI ni adalah digital object identifier. Kebanyakan article akan show DOI nya tersendiri.

Kemudian buka website Sci-Hub (http://sci-hub.cc/). Paste kan DOI di ruangan kosong. Kemudian click "open" lambang kunci tu.

Bahasa yang keluar memang pelik. Kamu jangan kaget. Sabar aje menanti. Kalau kena masukkan verification code, ikut sahaja apa dia suruh. Nak free article ke tak nakkk?

Tadaa! Dia dah jumpa cari. PDF ini kamu boleh download. Ada button download / print etc atas tu.

Please please please.. Sila beringat. Nak download jangan sebarangan tekan button save dengan nama yang mengarut-ngarut tu: 7so5264521472kdbejdsd.pdf . Hui jangan... Luangkan sedikit masa kamu untuk letakkan sedikit details. Yang di atas adalah contoh akak.

keyword folder untuk mudah kita recall semula nanti_nama author,tahun published_tajuk paper

Kamu boleh susun ikut pandai kamu sendiri. Asalkan susun. Jangan jadi seperti zaman jahiliah akak dahulu. Pakai save sahaja. Apabila buat kerja last minute, nak cite mula lah melilau buka satu persatu untuk semak kembali. Sangat memakan masa.

Jangan berhenti di situ sahaja, adik-adik.. Mulakan dari awal untuk download Mendeley (https://www.mendeley.com/). Mendeley sangat membantu kamu semua masa nak buat citation nanti.

Macam mana nak guna Mendeley? Nanti-nanti kemudian lah akak ajarkan. Simple aje pun. Selepas download, nanti akan ada Mendeley Desktop. Situlah patutnya menjadi library tempat kumpul semua articles yang adik-adik ada.

Mungkin ada yang prefer guna EndNote. Jangan tanya akak EndNote. Akak memang tak study guna EndNote.

Sebenarnya akak pernah buat entry berkenaan Mendeley dahulu. Kamu baca ini sebagai muqaddimah awal ok? Read: http://www.karipapsayur.com/2014/02/mendeley-pengurusan-citation-references.html


Tadi button "Add" atas kiri Mendeley tu ada nampak, kan? Boleh klik situ untuk upload masuk Mendeley Desktop kita.

Ini step yang terakhir untuk pembelajaran kita kali ini. Jangan lupa semak kembali details. Kalau details sini caca marba, karang habis references kau pun rupa caca marba jugak kang! Masukkan apa-apa details yang ada. Yang takda takpe. Biarkan blank.

Sekian, tamat sudah perkongsian kali ini. Akak hutang kamu sedikit ajaran Mendeley (yang simple aje tau. Entry lama berkenaan Mendeley boleh tengok sini dahulu.) dan beberapa website untuk kamu cari research articles. Kadang kala ada beberapa platform yang universiti kita tak subscribe. Mungkin sebab rasanya tiada bidang tu ditawarkan di universiti.

Jangan putus asa. Carilah sehingga ke lubang cacing. Boleh juga join group DSG (Doctorate Support Group) di facebook. Banyak membantu.

Mungkin ada yang akan query, ini dah seperti mencuri! Well.. Saya tak dapat comment part tu. Apa yang saya amalkan; iye saya cari artikel secara percuma (walaupun sepatutnya kena bayar), tapi bila ada kewangan lebih sikit, saya huloq lah sikit ke mana-mana tabung pendidikan tu, bina tahfiz ke, atau haritu kan Wikipedia ada buat fundraising kan? What to do.. Saya nak belajar tapi saya ni sengkek mengkek orangnya.
Cara download research article secara percuma Cara download research article secara percuma Reviewed by Qastalani® on 9:30:00 PM Rating: 5

No comments :

Powered by Blogger.