Kategori Perpisahan

Berpisah. Ini cuma pandangan dari mata saya sahaja. Kamu semua boleh memilih untuk bersetuju atau memilih untuk tidak bersetuju.

photo source: link


Jikalau ditanya kepada saya, saya akan bahagikan kepada dua:

Berpisah hidup
dan
Berpisah mati

Berpisah hidup, sama ada bercerai-berai atau break up boyfriend-girlfriend atau putus kawan disebabkan back stabbing. Rasanya tiga reason ni paling meninggalkan kesan dalam hati manusia. Saya pernah berbual dengan seorang rakan (seorang lelaki dan juga seorang duda). Masa berbual tu, katanya:

the divorce cost me so much: Financially, emotionally, social status etc. 

Dari pihak saya sendiri yang kerap mendengar masalah dari orang perempuan, rata-rata si suami yang salah (of course lah salahkan pihak lawan dahulu). Bab kewangan dan perempuan luar yang paling utama. Tapi apabila ada kawan yang duda dan dengar dari sudut dia pulak, terasa satu pencerahan juga. Bagi lelaki, a failed marriage is a big blow to their pride, seperti pandangan orang luar: gagal nak jaga isteri.

Personally bagi saya, walau apa juga reason kepada perpisahan kita dengan sahabat baik / boyfriend girlfriend / suami, tak kira salah siapa yang kita rasa mulakan dulu sehingga lead kepada perpisahan, sentiasa fikir satu perkara ini: Alhamdulillah, syukur lah aku dah keluar daripada kehidupan yang tu. Kalau kita asik nak bercerita atau selalu kenang apa yang dibuat, hatred tu jadi bertambah-tambah. Camne nak move on? Nanti orang lain bercerita pasal kisah lain, tapi kita asik nak relate dengan incident hak kita ni aje.

Contoh: Jiran si polan ni beli kereta baru tapi kita tahu dia berhutang dengan orang jenis liat nak bayar. Kebetulan selang beberapa buah rumah, rumah bekas kawan kita yang jenis kuat mengumpat pasal orang (kita putus kawan pun sebab dia bawak mulut jaja hal kita, itupun kes masa tahun 1987!). Eh.. tak pasal pulakk nak buat hipotesis; Ini kalau kisah orang liat nak bayar hutang dapat ke minah ni, sure satu perumahan tu dijajanya! Itu belum masuk bab anak orang tu gagal exam, kena tendang universiti, suami dia kahwin lain, ah long datang simbah cat kat rumah etc. "Ha elok lah tu berjiran. Sorang kuat menjaja, sorang liat bayar hutang. Ntah-ntah berjiran deme kat neraka esok". Ewah ewah ewah.. sedap sangat mulut tuh.

'Ntah-ntah', 'aku rasa la kan', 'kau tak ingat apa dia buat kat aku dulu??'-- ayat feveret orang mengumpat.

Amboiii.. kau ingat orang lain ni keep track diary personal life kau?

Berpisah mati. Baru-baru ini (dalam sebulan lepas), cousin saya kehilangan ibu tercinta. Katanya: Rindu yang paling sakit adalah rindu pada orang yang sudah tiada. Betul. Saya sendiri belum pernah kehilangan ahli keluarga terdekat. Saya tak boleh nak betul-betul faham apa yang mereka rasa.

Tapi dengan pemergian ibu saudara yang ini, ia menjadi satu kejutan juga. Kami baru berjumpa 3 minggu sebelumnya dalam satu keraian keluarga. Semuanya kelihatan elok sahaja tiada apa-apa pun. Tapi apabila datangnya ajal, tak cepat dan tak lambat. Allah yang Maha Mengetahui kesemuanya.

Dalam kalangan ibu saudara,  ini yang paling kerap berjumpa dengan keluarga saya, Apabila anak-anak dalam kesusahan, yang ini juga lah ibu saya hubungi dahulu untuk minta bantuan. Daripada zaman kakak saya mula berdikari ketika mula-mula menjadi ibu tunggal, sehingga lah ke zaman saya yang menjadi papa kedana. Allahu, dengan lapang dada takda hesitate sikit pun; "Hang jangan risau, marilah duduk rumah aku".


Ya, antara awal tahun 2014 saya menumpang duduk di rumah ibu saudara. Ada ketika saya bawa bersama Qaiser apabila dia cuti sekolah. Dengan keadaan saya lelah menjadi ibu tunggal dan berjauhan anak-anak ketika itu, di sini juga lah saya luahkan masalah hati ni. Saya tahu, cerita takkan dijaja, tidak juga membuat spekulasi atau ayat-ayat menambah bara benci. Saya selalu suka akan pandangan atau nasihat daripadanya. Satu yang saya masih ingat sampai sekarang: Kita nak benci orang pun.. Macam lahh orang lain tak benci ke kita.. Betul kan? Kena setepek di muka ni. Tapi hati ni tak terguris pun. Mungkin sebab cara intonasi nya baik.

Memori. Saya melihat beberapa sahabat yang dah kehilangan ahli keluarga terdekat. Ada sahaja dikongsikan memori bersama, terkadang berkongsi photo di social media. Agaknya betul lah.. Rindu pada orang yang tiada ni, lain macam sedikit rasanya. Saya sendiri ada ketika teringat-ingat waktu saya di rumah sana. Borak-borak depan tv pada hari cuti, teman pergi ke mall, hujung minggu rehat-rehat di Port Dickson, ada ketika letih saya terbungkang depan tv didatangnya hulurkan bantal untuk baring-baring, ada ketika juga tolong diurutkan kaki saya sebab tahu saya letih berulang bas Rapid Ampang - UiTM, Shah Alam - Ampang. Ada masa juga, masak bersama. Arwah tahu saya sukakan apam balik rangup di warung berdekatan Bukit Indah ada ketika ditapaukan juga untuk saya.

A post shared by NURUL QASTALANI RADZUAN (@karipapsayur) on

Sedangkan anak saudara yang berjumpa sekejap-sekejap pun dah acapkali teringat memori. Apatah lagi lah yang anak beranak dan cucu yang ditinggalkan ya?

Saya melihat, waktu yang paling hit emosi sekali adalah pada ketika jenazah dibawa keluar meninggalkan rumahnya. Allahu. Sana sini berbunyi sok sek hidung berhingus. Saya juga tak terkecuali. Kita ingatkan kita kuat, rupanya berderai juga air mata sama ada sikit atau banyak. Ditemani Zaqwan dok menari dan menyanyi lagu "Burung Kakak Tua". Budak-budak mudah. Tak tahu apa itu maksud meninggal dunia. Sedar-sedar, eh takda dah?

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada arwah. Mohon dibacakan petikan di bawah atas niat doa kepada arwah:


Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah dia, lindungilah dia dan maafkanlah dia. Muliakan lah tempat kembalinya, lapangkan kuburnya, bersihkanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana Engkau telah membersihkan pakaian putih daripada kotoran. Dan gantikanlah rumahnya di dunia dengan rumah yang lebih baik di akhirat serta gantikanlah keluarganya di dunia dengan keluarga yang lebih baik di akhirat. Masukkanlah dia ke dalam syurgaMu dan lindungilah dia daripada siksa kubur atau siksa api neraka. Amin.








Kategori Perpisahan Kategori Perpisahan Reviewed by Qastalani® on 7:44:00 AM Rating: 5

No comments :

Powered by Blogger.