Pandangan peribadi: Muzium Coklat

Patung lembu di pintu masuk

Baru-baru ini, saya bawa anak-anak ke Muzium Coklat di Kota Damansara. Perjalanan pergi dari Putrajaya mengambil masa 50 minit melalui Elite Highway dengan tol RM6.10. 

Tahu tak berapa lama kami berada di dalam muzium tu? 

30 minit 


Ya, 30 minit sahaja. Ha Ha Ha. 

Memang tidak banyak perkara untuk dilihat pun. Dimulakan dengan 2 guni cocoa bean, kemudian beberapa mesin memproses koko yang lama dan few photos.

Mesin memproses cocoa bean

video
Mesin untuk conching coklat

Di belakang sana di sebalik cermin kaca adalah tempat coklat dibuat. Malangnya kami sampai jam 1 pm. 

Demonstrasi chocolate making adalah pada jam 12 pm dan 3 pm sahaja


Antara coklat yang ada dibuat, dipamerkan

Close up. Masa melihat nya pun, gigi ni terasa seperti nak menggigit-gigit

Senarai harga coklat yang ada

Terakhir sekali ada kedai jual coklat (of course). Kalau nak kata kepada perbezaan harga,terus terang saya katakan saya tidak tahu.

Ada pelbagai jenama juga di sini, bukan hasil dari muzium ini sahaja

Brand daripada muzium

Tapi kalau kata kepada kesedapan, masyaAllah.. sedapnya! Maksud saya coklat yang freshly made there lah. Saya gemarkan rasa coklat Van Houten (gemar tapi jarang-jarang makan). Saya boleh katakan coklat ini lebih sedap daripada Van Houten. Coklat nya sangat kaya dengan rasa.

Jenama di sini adalah "Fidani". Rasanya pernah nampak di KLIA tapi tak pernah singgah sebab anggapan saya coklat di KLIA mahal-mahal. hehs. 

Danson green tea chocolate
yang ini ralit saya makan satu persatu (paket seketul-seketul coklat pula)
RM9.50

Museum freshly made
marshmallow coated with chocolate then tabur dengan rainbow rice chocolate
RM5


Museum freshly made
campuran white chocolate dan dark chocolate
RM4.90

Museum freshly made
ala-ala Pepero la. Biskut coated with chocolate and almond
RM5

Fidani almond milk chocolate
Ini feveret pa saya
RM16.50

Marshmallow inti strawberry
Itu yang terselit bawah Fidani chocolate tuh
RM2

Coklat Upin Ipin 
RM4.90

p/s: tak perlu compare dengan kedai coklat di Langkawi Island, situ memang heaven lah. Tapi jikalau berada di Klang Valley, kira ok la kan?

Pandangan peribadi: Muzium Coklat Pandangan peribadi: Muzium Coklat Reviewed by Qastalani® on 6:30:00 AM Rating: 5

No comments :

Powered by Blogger.