Pesta Buku POPULAR Mega 2017 @SASICC, Zenith Hotel

Tahun ini adalah kali kedua saya ke Pesta Buku POPULAR Mega ini. Kali pertamanya adalah pada 2015. Saya juga tak pasti, ke mana saya pergi pada pesta buku tahun 2016? 

Photo courtesy of Yashim Wong

Saya seronok melihat pendedahan bab robot kepada kanak-kanak. Pesta buku yang sebelum ini juga ada. Tahu tak, Fakulti Elektrik (FKEE) juga pernah buat pertandingan robotics untuk kalangan pelajar sekolah tau!

Photo courtesy of Yashim Wong

Kebanyakan gambar adalah daripada Fay. Memang kami dah berjanji untuk datang ke Pesta Buku ini. Siapa yang pergi lagi? Saya, Fay, Qaiyyum, Qaiser, dan Zaqwan.

Kalau Zaqwan ada.. ha ha ha. Faham-faham sendiri lah macam mana dia di tempat orang ramai..


Buku-buku di sini memang banyak. Tapi apabila pergi bersama Zaqwan, mata saya lebih kepada perhatikan dia berlari sana sini. Sekejap hilang dari pandangan. Lepas few seconds, eh muncul balik depan mata. Lepas tu hilang lagi, kemudian eh datang semula!

Budak-budak memang takkan duduk diam berpegangan tangan dengan ibu bapa. Memakai safety harness juga sudah tidak mahu! Saya sampai dimarahi Zaqwan kerana melihat saya asyik mengekorinya sahaja. Dan saya tetap berdolak dalih mengatakan saya cuma berjalan melihat buku sahaja!

Seperti tahun lepas, saya masih lagi tidak malu untuk duduk bersila ketika penat.

video
Melayan keletah anak kedua.

Gambar di atas juga saya ambil ketika sedang duduk. Memang dah pilih spot yang tak ramai orang lalu-lalang. Asalkan tak kena halau, dah cukup baik bagi saya. 

Zaqwan pula 2 kali berulang pergi ke tandas. Saya terpaksa tinggalkan bakul shopping buku dan teman dia ke tandas. Kali pertama: nak kencing. Kali kedua: nak berak. Memang sungguh membuang pula tu. Nampaknya dia memang selesa di situ, sebab tu mudah sahaja nak membuang.

Awal-awal sebelum datang (di dalam kereta), saya letakkan syarat maksimum  untuk beli buku cuma RM15 sahaja. Mujurlah ada beberapa orang dewasa (Fay dan Qaiyyum - Qaiyyum dikira dewasa kerana ada handphone dan credit bersamanya). Qaiser mengikut Qaiyyum mencari 'hadiah RM15' nya. Fay berseorangan manakala saya ditemani Zaqwan.

Zaqwan akhirnya tak mahu lepas playdoh. Padahal di rumah sudah ada homemade playdoh yang kami buat bersama. Qaiser pula memilih yoyo RM10 dan cop comel gambar lion. 

Di booth Grolier

Saya terlihat ramai anak-anak kecil yang memegang belon pedang. Saya sempat bertanyakan kepada seorang ibu di mana untuk dapatkan belon pedang. Ha ha ha. Saya tahu anak-anak akan suka! Saje lah saya lalu depan booth Grolier. Yes!! Dapat juga 2 belon pedang untuk budak-budak ni.

Mendengar pujuk rayu daripada agent Grolier yang sangat convincing

Saya memang heart buku-buku Grolier sejak dulu lagi. Saya pernah spent nearly RM2000 (bayar bulan-bulan anggaran RM180++) untuk membeli set buku Grolier, yang kemudiannya belaka musnah dalam banjir 2013. Tetapi kali ini, sangat best kerana beserta mainan seperti Lego (sebenarnya lebih berbeza daripada Lego!). Bayarannya cuma RM105/month.

Bermain 'Lego Grolier'

Mestilah saya tak ambil. Memberi alasan perlu balik berbincang bersama suami dahulu. Tibe-tibe je mengaku ada suami pulakk! ha ha ha.

Apa habuan untuk saya pula? Saya belikan anak-anak 2 rim kertas A4 kosong 70gsm dengan harga RM8.75 each, buku biography Nelson Mandela daripada RM119 discount kepada RM10 sahaja, dan payung terbalik yang bukan main digembar-gemburkan tu sekarang. 

 Saya ada habit suka tarik sticker harga buku especially apabila melihat 2 lapis sticker! Untuk Biography Nelson Mandela ni, sticker yang sebelumnya sudah discount kepada RM16. Mungkin tidak ramai yang beli, kali ini diturunkan pula kepada RM10!

Photo source: Lazada

Ha Ha Ha. Ini lah rupa payung yang buat saya kagum. Paling murah di Lazada saya perasan harganya RM35. Di pesta buku ini, RM29 (senyum bangga sebab dapat lebih murah).

p/s: Jikalau kamu dapat harga yang lebih murah,sila eksyen dengan saya!

Pesta Buku POPULAR Mega 2017 @SASICC, Zenith Hotel Pesta Buku POPULAR Mega 2017 @SASICC, Zenith Hotel Reviewed by Qastalani® on 7:00:00 AM Rating: 5

No comments :

Powered by Blogger.