Rumah Bas, Malaysia

Kita selalu impressed tengok orang putih begitu creative menjadikan bas sebagai rumah. Kemudian, di Melaka: Bustel Klebang pula muncul dengan hotel tidur dalam bas. Tidak kurang unik juga di Sungai Lembing, Kuantan; Time Capsule Retreat, tidur di dalam culvert pula.

Percaya tak? Ayah dan ibu saya sudah setahun tinggal di dalam bas? Mestilah percaya, kan? Sebab yang membaca entry ini juga adalah kenalan-kenalan keluarga kami yang pernah datang ke rumah ini juga. ha ha ha.

Saya tunjukkan isi rumahnya ya..

Boleh bayangkan tak, apabila keseluruhan kerusi bas dicabut, boleh muat pula kesemua perabot ini.

Untuk bahagian dalam bas ini, lantai bas dibuka dan direndahkan. Jikalau tidak... habis lah kepala kita asik nak terhantuk sahaja.

Stereng dan beberapa aksesori hadapan bas masih dikekalkan. Inilah attraction untuk anak cucu yang datang. 

Iye, jangankan cucu, anak juga sesekali bosan bermain bawa bas juga! Seat driver terpaksa dicabut dan diganti dengan bar stool. Size besar sangat, tak jimat ruang. Sofa two seater ini juga favourite anak-anak. Sambil melepak baring-baring main game candy crush sementara borak-borak ketika tunggu mama saya makan. 

Part antara 'seat driver' dan sofa perlu dibuat bidai langsir. 

Jikalau waktu malam, kurang privacy sedikit bila dah buka lampu. Nanti orang luar boleh intai pulak apa kita buat di dalam rumah/bas. Sebab itu perlu ada langsir. Masuk malam hari sahaja, mula lah tarik langsir.

Dry kitchen. Itu aksesori bihun soto ma buat weekend haritu! 😜

Dapur masak satu tungku itu pun, cuma sebagai syarat sahaja. Awal-awal dahulu memang ma masak di sini. Tapi tahu sahaja lah masakan Melayu. Seketika segenap pelosok bas berbau tumis belacan, ikan masin, dan lain-lain. 

Ini sahaja meja makan yang boleh dimuatkan. 

Meja makan ini dari IKEA, boleh dilipat jatuh rapat ke dinding untuk lebih jimat ruang. Saya tak gemar makan nasi di sini. Gayat, kerusi tinggi! Tak kenyang jadinya. Saya ambil nasi dan akan makan duduk di sofa atau duduk bersila sahaja.

Queen bed.

Cukuplah untuk muat suami isteri berdua. Kalau dah duduk di bahagian sini, kiranya wassalamu lah orang memanggil dari luar. Memang tak kan dengar langsung unless kita beri salam sambil ketuk-ketuk honggeh-honggeh pintu bas yang berkunci tu, barulah boleh perasan.

Mesin basuh juga kena sumbat masuk ke bilik tidur. Ha Ha!

Cukuplah ada tv kecil bersama Astro NJOI. Ada almari kecil untuk letakkan baju pakaian harian dan bedak sikat apa bagai. Di sini juga ada satu lagi aircond dan kipas kecil juga ada. Satu perkara, rumah bas ini panas juga pada siang hari terik. So, aircond is a must!

Ini pula lorong menuju ke pintu kecemasan dan bilik air.

Bas ini adalah jenis bas express Maraliner yang lama (jenis bas express dengan tandas). Zaman sekarang mana ada lagi dah kan bas express dengan tandas. Sebelum masuk tandas, ada lagi satu sinki. Sinki ini lebih kecil. Sini sahaja tempat Zaqwan basuh tangan selepas makan sebab ini sahaja sinki yang dia boleh operate sendiri tanpa bantuan orang.

Keluar dari pintu kecemasan ada wet kitchen.

Pada asalnya ini cuma untuk menjadi balcony melihat view di luar. Tapi selepas masalah bau masakan tu, ditukarkan menjadi wet kitchen. Dari sini juga ada tangga untuk turun kembali ke bawah (luar bas). Jadi maksudnya rumah bas ini ada pintu hadapan dan pintu belakang. Saya kali pertama buka pintu kecemasan ni, Ya Allah, berat rupanya!

Ini pula adalah tandas. 

Memang tiadalah shower. Hanya mandi cebok sahaja lah. Ruang pun sekangkang kera sahaja. Tapi muat jugalah untuk mandi.

Bas Maraliner.

Rumah bas ini dibuat atas platform yang tinggi. Haritu nak angkat bas ke atas lantai ini perlu menggunakan crane. Tujuan utama buat rumah bas ni adalah supaya ada satu tempat yang masih selamat diduduki ketika banjir. Ketika banjir 2013, rumah saya di sebelah bas tu naik air sehingga paras peha. Ini jenis keluarga rebel ni, tak mahu berpindah ketika banjir! Haha. Kami ada 2 bot fiber beserta enjin, in case emergency, anytime kita cabut! 😉

Kami juga perlu letakkan atap. Bas sudah lama kan, ada bocor-bocornya juga masuk ke dalam bas. Untuk mudah jangkamasa panjang, kita buat atap! Asik nak repair aje tutup tempat bocor, lama2 boleh leak juga. 

Bahagian luar, depan bas.

Part ni memang bersyukur sangat ada sinki di luar! Ada hari, kami sekeluarga akan makan di luar bas. Angin sini kuat, suka! Dalam bas asik nak pasang aircond, lemau juga kan. Satu part saya kurang gemar adalah, tangga naik bas tu tinggi. Kita naik bas express di jalanraya tu juga terasa perlu berhati-hati turun dan naik juga, kan? Memang tinggi. Apatah lagi kalau nak berulang alik beberapa kali turun dan naik bas passing bekas lauk, bekas nasi dan sebagainya. Jadi, antara semua.. saya paling heart sinki di sini! 😅

Tempat lepak-lepak

Sampai 2 meja diletakkan di sini. Ini juga menjadi port untuk tetamu datang. Ketika hari raya sebelum ini, di sini jugalah pesta makanan kami, dan tempat lepak berbual-bual dengan saudara mara. 

Cerita yang selalu kita tahu, Shah Jahan buatkan isterinya Taj Mahal kerana kasih dan cinta. Yang rumah bas ni pula, memang dah lama sungguh ma saya beratib suka kan rumah bas, akhirnya pa buat juga. 

Selepas dah siap rumah bas ni, pa awal-awal sound mama: 

"Ha, awak lepas ni jangan mintak rumah kapal terbang pulak! Mana pulakk nanti saya nak kena pergi cari kapal terbang pulak kang!"

😂😂😂😂
Rumah Bas, Malaysia Rumah Bas, Malaysia Reviewed by Qastalani® on 6:00:00 AM Rating: 5

2 comments :

  1. mak ayah awak sendiri ye??wahhh...boleh di'up'kna lagi kemudahan tu kot(ni bahana suka tengok tiny house world kat hgtv hahaha) tp ini pun dah sgt adorable. cantik sgt..

    ReplyDelete
  2. Wahhh... Untung mak puan suaminya romantik layankan permintaan isterinya..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.