Buat Sendiri Wax (with photos)

Sama ada beli atau buat sendiri? Kalau waxing di spa, itu another story lah. Kalau waxing beli (yang mana saya tak pernah beli sendiri pun - kakak kesayangan tukang beri), saya pernah cuba wawaWAX dan NORAHwax.

                       
kiri adalah wawaWAX manakala kanan adalah NORAHwax

Antara keduanya, saya lihat wawaWAX lebih mudah nak ceduk untuk apply. Tapi mana-mana wax pun, walaupun dia adalah cold wax, saya tetap nak kena panaskan sedikit dahulu. Kulit saya tak boleh tahan lah bila dia tarik tuh!

Tapi kedua-duanya sudah habis, dan tukang beri pula masih di Putrajaya. Demi menjaga kesejahteraan poket, maka buat sendiri lah jawabnya. Saya pernah kongsikan resepi sebelum ini: http://www.karipapsayur.com/2012/03/homemade-sugaring-wax.html.

Tapi kali ini saya measure guna measuring cup Mr DIY, jadi lebih tepat lah. Jom saya kongsikan resepi.

Bahan-Bahan

1 cawan gula (boleh apa-apa jenis gula kecuali gula serbuk)
1/8 cawan air 
1/8 cawan asid citric (lemon / limau nipis)

Cara-cara: Campurkan kesemuanya dan masak atas api paling kecil. Masak sehingga keperangan.

 1 cawan gula size lebih kurang seperti ini. Tak perlu lah beria penuh-penuh sipi nak tumpah

1/8 cawan air saya dah isi awal-awal. Ini pula 1/8 cawan perahan limau nipis. Selepas diukur, 1/8 cawan bersamaan dengan 2 sudu besar penuh.

Kacau di atas api kecil. Awal-awal susah sikit nak kacau sebab air tak banyak.

Ada sesetengah dapur, api paling kecil juga kelihatan besar. Cuba pusing ke arah nak tutup (api). Sipi-sipi nak tutup api tu kan api dia akan kecil juga.

Pandai-pandai la adjust.


video

Akan ada ketika dia berbuih-buih gelegak sehingga membuat kamu debar.

Jangan risau, teruskan kacau.

Sesekali angkat daripada api (jangan tutup api lagi)

Apabila dah sejuk, buih dah hilang, tengok warnanya.

Kalau kuning seperti ini (hidup segan, mati tak mahu), sambung semula letak atas api.

Macam ni? Bagi saya belum lagi. Teruskan usahamu.


Agak-agak dah warna keemasan macam ni, boleh tutup api.

Dengan anggaran 1 cawan gula tadi, kita boleh muatkan dalam mason jar size ini.

Saya separuh botol pun berzaman nak habiskan.


Tadaa! Sudah siap. Elok-elok muatnya. Selamat mencuba! 

Saya cuma gunakan bekas yang sedia ada sahaja. Jangan apply terus pada kulit, tunggu sehingga suam (anggaran satu jam setengah).

Sebelum wax:

Paling elok, sebelum nak wax tu, kita scrub dulu bahagian yang kita nak. Mandi dulu ke main-main dengan air biar kulit tu lembut. Kat rumah takda scrub? Ambil le sesudu gula ke (kasar sedikit), sesudu garam ke (halus sedikit), sesudu lada hitam yang sedia ditumbuk ke (sedang-sedang aja - kalau gamak la nak lumur lada hitam). 

Ataupun boleh beli scrub LembutbyAdlina. Saya pernah pakai 3 set sahaja: MochaHoney, Fabolips, dan BabySkin. Kesemuanya ada texture tersendiri. Boleh aje bedal mana-mana antara 3 ni walaupun Fabolips tu untuk bibir. Ha Ha. Kalau nak yang sebenar, guna Lemonade body scrub dia lah..

Produk-produk LembutbyAdlina. Banyak testimoni yang memberansangkan. Kuantiti juga banyak, lambat habis. 

Eksperimen:

Sebelum

Kita apply wax. Wax perlu mengikut ke arah bulu tu ok. 

Letakkan cotton

Selepas. (klik photo untuk lebih jelas)

Memang ada bekas kemerahan sedikit lah. Ada tu masih tertinggal 1-2 helai. Kalau setakat 1-2, tak perlu lah wax lagi. Ambil alat dan cabut sahaja.

Ini yang terlekat pada wax ini. 


Selepas habis semua cotton, kita boleh cuci untuk pakai semula. Caranya, rendam dalam air, biarkan lama beberapa jam. Nanti wax ni akan cair, kita boleh basuh dengan sabun, sidai, guna next time. Kalau geli nak pakai semula, buang aje lah.

Amaran keras: Untuk apply resepi wax ini di daerah Brazilian kamu adalah atas tanggungan sendiri. Apa-apa jadi saya tak jamin, ok! 

Daerah Brazilian tu kulitnya sangat sensitif berbanding bahagian-bahagian lain. Receptor sakit juga terlebih di situ. Kalau jenis macam kulit buaya, tak pe lah.

p/s: harapnya tumbuh balik lah ye bulu di jari tuh.. 


Buat Sendiri Wax (with photos) Buat Sendiri Wax (with photos) Reviewed by Qastalani® on 5:23:00 PM Rating: 5

No comments :

Powered by Blogger.