Contoh-Contoh Hadiah Hari Guru yang Murah-Murah (Boleh Tahan Murah Laa)

Anak-anak saya sendiri pun baru 5 tahun bersekolah (sejak umur 4 tahun), jadi contoh-contoh yang nak diberikan tidaklah banyak mana. Dia dari awal nak berikan hadiah kepada semua cikgu yang ada dalam sekolah tu.

"Abang nak bagi hadiah kat cikgu mana?"

"Abang nak bagi semua, boleh?"

"Pilih satu jela yang abang paling sayangg"

"Abang sayang semua cikgu".

Udahnya mami nak kata apa lagi? Itu cerita tahun lepas, ketika Qaiser darjah 1. Apa-apa part memang saya akan involve dia untuk contribute sama. 

Kita start tengok sekarang, ok? Boleh ambil idea, bagi saya murah dah tuh. Best tak best, itu soal nombor 2.

Ketika tadika PASTI 4 tahun, saya tak sediakan hadiah hari guru sebab sehari sebelum hari guru pun saya sudah warded untuk lahirkan anak kedua. So, 2013 - takda.

2014, Qaiser 5 tahun. 


Ini tahun pertama Qaiser start berikan hadiah. Sebab buat sendiri, so murah la kan? Untuk tahun ni, tugas Qaiser adalah buat bunga daripada kertas. Diberikan bersama kek nih. Ini hasil akhirnya:



Harga satu hadiah: tak kira. Utamanya cuma tepung sahaja. Yang lain-lain kita isi ciput2 sahaja. Kebanyakannya item yang sedia ada di rumah.

2015, Qaiser 6 tahun.



Yang biskut ini baru lah saya yang buat sendiri. Kononnya nak buat cookies besar-besar supaya adunan cepat habis. Ended up sampai pukul berapa pagi ntah saya mengadap habiskan buat beberapa adunan. Lagi pula, perancangan tak teliti, cookies size besar tak muat bekas tipu-ware. Terpaksa masukkan dalam plastik bungkus sup aje. Kebetulan juga dapat idea buat kad bendera. Tahu, cikgu buang jugak nanti akhirnya.

Harga kos untuk satu: RM1.61

2015: Qaiser 6 tahun.

Saya tak tahu apa sudah jadi dengan hari guru 2015. Saya pun tak boleh recall apa agaknya saya beri. Atau sememangnya x beri apa-apa pun!

Tapi tahun ini adalah tahun terakhir Qaiser di sekolah PASTI, jadi saya buatkan juga sikit menda-menda untuk cikgu Qaiser.




Rumah ni memang ada pokok mangga. Tapi kebetulan buahnya belum lebat lagi. Ikut plan asal juga saya cuma nak berikan sebijik apple sahaja. Tapi ma kata: kedekut sangat kau nih! Lalu ditambah menjadi dua apples. Bukan tu sahaja, ada susulan hadiah lain lagi tu. Barang-barang untuk buat colek juga mudah sangat dan murah. Gula kabung, gula biasa, cili api, belacan, eh entah apa lagi. Kamu google aje lah.

Harga satu item: entah. Tapi bole nampak murah aje kan?

2016: Qaiser darjah 1.

A post shared by NURUL QASTALANI RADZUAN (@karipapsayur) on



Untung saya bekerja di kawasan kampung Kuala Pahang. Akses kepada keropok keping fresh sangat mudah! Saya belikan 10-11 keropok. Kebetulan ada plastik dan alat untuk seal plastik, jadi saya repackaging semula keropok ni. Kalau tak silap, untuk 23 orang cikgu sekolah.

Keropok satu paket baru RM10. Paketnya juga besar. Jadi untung, bukan?

Tugas Qaiser macam biasa, tulis kad. Sepatutnya tu rupanya macam pensel warna. HeHe.

Harga sepaket: RM4.80.

2017: Qaiser darjah 2 dan Pan 4 tahun.

Masuk tahun ni, nak terbeliak biji mata saya bila dikhabarkan total cikgu-cikgu adalah 40 orang. Zaqwan 7 orang, Qaiser 32 orang termasuk muallimah transit (after school). Semalam Qaiser khabarkan ada muallimah transit yang baru bertambah, nasib baik saya beli barang extra satu.





Bekas kaca ini dari kedai RM2.12 berdekatan rumah. Pada asalnya saya cuma nak letakkan kerepek sahaja. Dah beli pun, tapi otak kurang bijak, beli kerepek ubi kayu panjang-panjang, susah pulak nak keluarkan dari botol kaca nih.

Qaiyyum lihat design botol terus terfikir "macam magic potion". Saya ikutkan idea "magic potion" aje lah. Apa potion nya? Plan pertama nak buat kordial roselle. Tapi pokok roselle rumah ni dah mati rupanya 😢

Nak tak nak, kau tagham buat sirap aje la Jahh! Kebanyakan bahan sirap memang dah sedia ada di rumah. Daun pandan juga ada, segala essence juga ada. Gula sahaja RM2.90, beli 2 paket. Essence pandan sahaja tiada di rumah, RM2.10. Ada lagi gula kastor di rumah tak sampai 1kg (dah free dah ni).



Qaiser dah start mengeluh sebab kena menulis "Selamat Hari Guru" sehingga 33 kad. Semoga kamu serik, nak ooi. Tahun depan pilih beri hadiah pada cikgu paling sayang aje!


 Dia tak tahu, mami dia ni rasa macam dah nak patah tangan dah menulis ramuan potion di belakangnya. 40 kad pulak tu! Mestilah, takut ada orang yang alergi dengan bahan-bahan tertentu, kena lah tulis bagai.





Qaiser Zaqwan juga, buat sedikit dah penat. Tapi akhirnya memang siap juga. Tu video tu, part akhir sekali Qaiser buatkan satu kad untuk saya juga sempena Hari Ibu. Dah selamat saya isikan benang tebal macam kad untuk cikgu-cikgu ni jugak. Boleh jadikan penanda buku yang saya tengah baca sekarang.

Jatuh satu item kosnya RM2.32.

Sure korang rasa leceh sangat kan? Nak kena masak-masak bagai. Mesti la dik ooi. Kata nak jimat cermat, masak le!

Tapi pilih lah apa-apa hadiah pun. Cikgu tak berkenan esok-esok, diam-diam dia buang le nanti. Kawan saya, seorang guru ada sound: Takyah beli mug-mug frame bagai. Beli pen merah, white board marker ke, cikgu dah suka sangat dah!

InsyaAllah, next year macam itu sahaja nanti.
Contoh-Contoh Hadiah Hari Guru yang Murah-Murah (Boleh Tahan Murah Laa) Contoh-Contoh Hadiah Hari Guru yang Murah-Murah (Boleh Tahan Murah Laa) Reviewed by Qastalani® on 7:52:00 AM Rating: 5

No comments :

Powered by Blogger.